Friday, 13 March 2015

New Life..

Bismillah.

 Lamanya lahai tak update belog hodoh kita nih. Sebabnya sekarang Alhamdulillah dah nak masuk sebulan kita bergelar mahasiswi dekat UITM Kelantan Kampus Machang. So far, kita happy disini dan tipu lah kalau takde homesick lansung kan. Ada la jugak masa memula masuk sini tu. But then bila dan lalui minggu MDS semua tu. Kita jadi happy pulak. Mungkin sebab kawan-kwan baru disini semua baik-baik dan mesra alam semuanya. Oh haa. kita dapat bilik untuk 4 orang. Hmm besar la jugak biliknya kalau nak compare dengan bilik untuk 3 orang. Rumate pun so far okay je semua. Baik cute comey macam kita jugak. ihikk. Kat sini katil 2 tingkat kot. Nasib ah dapat katil bawah. Ite takut katil atas oi. Tapi sebnarnya tak kisah pun katil atas ke bawah. Sebabnya setiap malam kita semua nih tido berjemaah atas lantai. I means angkat tilam letak atas lantai and then tido berjemaah. haa. Pastu rumate kita sorang budak johor. sorang selangor. And sorang lagi budak kuala kangsar. Kitaorang nih adil orangnya. Dua orang kos sama dan dua orang lagi kos sesama dorang. Maknanya dalam bilik nih ada dua kos jela. Overall semua okay kat sini. I loikeee ! hikhik. Sampai disini la dulu sebabnya kita nih bernasib baik haa. Dapat line wifi UITM Kelantan. haha orang lain tak dapat taww. Terasa eksited kita hikhik. Tapi sebelum tu nak ah nunjuk gambauu sikit en. kbai ~



:)


Mereka Classmate kita. Dari kanan Anis, Kak Mida, me and Syaf.


Nih rumate kita. Say Hi ! hihi


Haa nih masa minggu MDS ah. Mata macam panda semorang


First time panjat tangga " Pm Amjad " kita kita panggil.
*sebabnya Pm Amjad yang tunjuk jalan sini. hehe


Haa nih rumate kita ya. nampak tu katil 2 tingkat.


Dui buqi Kak Mida. Kita suka selpie. Mohon terjebak sama deh. hihi
*Dui buqi mean Sorry.


Eh eh dia bukak pintu dah. *Street Art Machang

Tuesday, 3 February 2015

Selfish.

Kenapa ada orang yang pentingkan diri sendiri dalam dunia nih ? Kenapa mesti nak orang lain faham perassan dia sedangkan dia sebaliknya. Asyik nak diri sendiri je betul. Hello awak, pegi duduk dalam hutan sana. Kat sana takde orang boleh bangkang kata-kata awak. Seronok kan cenggitu ? Ah i hate this kind of people. Sangat. Jangan rasa diri tu hebat sangat kalau setakat makan minum semua pun Ma Ayah tanggung lagi. Sampaikan semua tentang sekolah anak pun Ma Ayah tanggung. Kau rasa? Oh pleasee la. Tak layak kot nak hormat orang macam kau. Takde rasa Tanggungjawab langsung. SELFISH. Ahh stress. Blah la kauu. Drug Addict pulak tuh. Huh tak habis2 menyusahkan orang.

UITM Dihatiku..

Firstly nak cita entry nih sepatutnya aku tulis sejak minggu lepas lagi since aku tahu result UITM nih pada hari jumaat.*baru je lagi sebenarnya. Saja nak ajet-ajet news lama giteww. Pada hari kejadian, aku bukan main cuak lagi nak tunggu check result tuh. Mana taknya. Mula-mula kat portal UITM tu habaq leh check after jam 3. Then jadi after jam 5. Lepas tu still tak boleh check. Portal UITM ada problem katanya. Ish masa tu aku rasa nak meletop dah haa. Lastly, on that night baru boleh check and Alhamdulillah penantian aku tak sia-sia.

Aku ditawarkan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Matematik . Kos nih merupakan pilihan ketiga aku masa apply tu. Sekali lagi syukur Alhamdulillah. So secara drastiknya aku terima UITM either UPSI. Lagi satu hal. Aku dapat UITM Machang, Kelantan. Wuu i'll stay there for 3 years and half. Memandangkan masa high school dulu aku dah memang sekolah kat sana. So aku takde la eksited sangat bila dapat tahu dapat UITM Machang tu. Sebab Machang tu boleh dikatakan kampung aku jugaklah. Atok aku asal dari sana and tok sedara aku pun ada yang stay kat sana. Jadi takde masalah tempat tinggal la kalau parents aku nak datang kat aku nanti hikhik. Uitm tu pun aku dah selalu sangat tengok. Tapi dari luar jela. Dari dalam taktaw la tu cemana. Hopefully everything okay and nice.

Since aku dapat kos Matematik, automatiknya aku akan jadi junior kepada roomate aku masa form 1 and form 2 dulu. Namanya Tasha. Orang Gerik jugak. Hohoho ada geng jyeahhh. Tapi dia dah nak masuk sem 4 haa. Aku baru masuk sem 1. Wuu peliknya rasa hati. Umur sama tapi dia senior aku junior. Takpe takpe. Belajar tak mengenal usia kan. Gambatte Syamiera !

Seterusnya untuk khidmat nasihat pun aku boleh dapat dari tasha. Buku-buku dia pun akan jatuh ketangan aku nanti. whahahaha *evil laugh. Alhamdulillah jimat dari segi kewangan disitu. Thankyouuu awak.

Okay dari segi preparation pulak. Baru 10 percent kot settle. Medical checkup tak buat lagi. Borang semua tu tak cop lagi. Yuran esok baru nak g bayar. Hm hm takpe takpe take it slowly giteww. keep calm and settle.

Perasaan. Lagi 3 weeks nak daftar. Berdebar wey sape kata tak berdebar. Aku takut jugak nak jumpa kawan-kawan baru nanti. Aku harap la jumpa yang sekepala gn aku nanti. Takde lah yang nak cari pasal or dengan kata lainnya jangan la jadi case macam kat matrik dulu. Wuu menangis tak berlagu la aku oi.

Haa lagi satu the reason why i did not chose UPSI is because aku takut aku tak boleh nak go on dengan programming. Satu lagi sebab ayah aku tak bagi, eh bukan tak bagi, tak galakkan sebenarnya pilih kos tersebut. Macam yang aku cita sebelum nih. Tak sesuai untuk perempuan katanya. Hm mungkin ada hikmah kan. So kita struggle untuk degree math jela.

Last but not least *ajet-ajet buat essay sikit. Semoga semuanya berjalan lancar la yee. Doakan aku wey. Ameen. Okay la sampai sini dulu la yob yong. Chaosss :3