Thursday, 29 January 2015

La Tahzan




My feeling right now is undefined. Sad. Happy. Excited. All about feeling. I don know. I cannot defined that feeling was like... Me was like to crying but i can't. I can't show my sadness in front of my parents. Mungkin sebab sebelum nih aku dah terbiasa duk asrama then after habis matrik aku duk rumah almost 9 months. And sekarang bila dah tiba masa aku kena sambung belajar balik aku rasa masa useless sangat. Aku rasa tak sanggup nak tinggalkan rumah. Nak berjauhan gn ma gn ayah gn family semua. hm hm *belum pegi jauh lagi dah bajet homesick.

So sekarang aku dah dapat imagine cemana aku when that time come true. But it's okay as long as they are stay beside me. Huuuu kalau boleh aku taknak kemana-mana. Nak duk rumah goyang kaki *banyak cantik muka aku nak duk lenggang kan. Tapi aku kena jugak teruskan perjuangan. Kena jugak buktikan kan kat orang lain yang aku boleh. Kena jugak bagi ma gn ayah happy.

Dear MA and AYAH,

     Orang janji yang orang akan study hard. I promise to make both of you proud of me. InsyaAllah orang taknak memain dah. Nak Dekan setiap sem. Amin. Please always support me and pray for my further. I love both of you to the moon and back. There are no replace. I promise ma, ayah.

La Tahzan,




Stay cool and do the best. Chaiyok Syamiera. Gambatte Gambatte !

ISM KEJURUTERAAN PERISIAN (PERISIAN MULTIMEDIA)

Bismillah and Alhamdulillah. Okay berdasarkan title di atas. Aku telah ditawarkan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian (Perisian Pendidikan) atau dalam bahasa omputihnya Sofware Engineering. Kat mana? hmm semestinya UPSI. Yes berikut adalah first choice aku. Kan sebelum nih aku ada cita pasai pegi temuduga kat sana tu kan. Dukacitanya aku tak berjaya untuk kos tersebut. Tapi tak mengapa lah sebab aku tak mengharap pun untuk kos tu. So cemana pun aku kena tunggu result UITM dulu esok. Then baru la boleh decide nak kemana.

Hohoho. Aku harap dapat la salah satu kos yang aku apply kat UITM tu. Sebabnya. Ayah aku sebenarnya tak berkenan anak bongsu dia nih ambik bidang komputer dan juga seperti yang aku dapat tu. Tak sesuai untuk perempuan katanya. Huhuhu aku pun redha jela. Al maklong la. Aku kan anak yang menurut perintah. Hm hm lagipun aku tak yakin yang diri aku nih boleh ke idak nak carry on dengan programming. Memang la masa kat matrik dulu penah belajar. Tapi basic je. Yang nih all about programming *menurut kata classmate aku masa matrik yang ambik kos nih. Syikin namanya. 

Pape hal pun tunggu esok cemana. Then harus decide yang sebagusnya untuk diri sendiri. Syamiera boleh ! Arghhh me was like blurr -_- . K daaaaaa .

Tuesday, 20 January 2015

Ujian medsi plus temuduga UPSI

Bismillah.. Kejadian seperti tajuk di atas sebenarnya berlaku hampir seminggu yang lalu iaitu pada 15/1/2015. Saja je aku peram lelama. Aku tertarik sangat nak story pasai kisah aku pegi temuduga kat UPSI nih. So pepagi lagi pada hari kejadian aku gn family aku dah gerak kesana. Al maklong la UPSI nih bukannya dekat oi. Lebih kurang pukul 6.30 pagi kitarang gerak then sampai sana lebih kurang pukul 10 pagi.

Ujian MEDSI aku pukul 11.15 pagi. So ada masa lagi la untuk aku buang masa kat sana. Oh haa sepanjang perjalanan nak kesana tu kan. Mengantuk tak payah cakap aa. Memang tersengguk-sengguk je dalam kereta. Kira macam terpaksa jugak la kena bangun pagi nih. Nasib la sebelum nih aku dah penah pegi buat ujian medsi tu kat sana. So takde masalah la untuk cari tempat kejadian kan.

Lepak punya lepak lastly tiba la masa aku kena jawab ujian medsi tersebut. Aku ingatkan tak ramai la yang apply intake Februari nih. Rupanya. Ramai baq hang. Tapi sorang pun aku tak kenal. hukhuk. Kalau ada yang aku kenal pun, dorang punya kejadian tak sama hari ngan aku. So aku buat muka seposen je la pegi jawab sesorang. Tapi tapi nasib baiklah family aku nih sanggup teman aku sampai ke tempat menunggu kat tempat kejadian. Kiranya dorang tunggu betul-betul depan tempat aku buat ujian tu.

Okay jom aku story pasal ujian tersebut. Ujian Medsi nih ada 300 soalan. Soalannya semua berkenaan diri sendiri je. Kiranya kita jawab mengikut apa yang kita rasa jela. Tak susah pun. Tak perlu study pun sebelum pegi sana. hihihi. *jangan ikut aku nih pemalas orangnya. Tapi kan ada satu soalan yang paling aku ingat sangat sebabnya dah dua kali aku buat ujian medsi, dua kali jugaklah soalan tersebut muncul. Nak taw soalan apa? Soalannya berbunyi " Adakah anda pernah mencintai seseorang? " haha and of coz la aku jawab ya. Sebab. Dia takde specific pun mencintai siapa kan. Dan disitu maksud aku, aku mencintai Allah, Rasul dan paling utama sekali aku mencintai ma gn ayah dan juga beradiks dan semestinya semua keluarga aku. Haaa mengada sangatt. haha

Kesimpulannya takde masalah la jawab Ujian MEDSI. Yang jadi masalahnya nak temuduga. Haa aku cukup tak confident bab temuduga nih. Biasalah ada masalah darah gemuruh hihi. Aku siap ujian medsi pukul 11.40 gitu la. Temuduga pulak pukul 2.15 petang. Lama lagi nak sampai ke masa temuduga. Gugup tak yah cakap la. Tapi nasib baik aku nih jenis yang sempoi and paling penting lantak kau la. Apa nak jadi, jadi la. haha prinsip gila kata kakak aku.

Lepas tu tepat pukul 2 petang terus aku pergi kat  tempat temuduga. Aku ingatkan bila pegi awal, kena daftar then terus temuduga ikut sape cepat dia dulu. Rupa-rupanya lain pulak jadinya. Dia ikut turutan nama. Sadis sangat. Disebabkan nama aku bermula gn hurup 'S', that mean turn aku last sekali untuk bilik tuu. Uwaaaa. Pada masa tu aku tak taw la nak sedih ke nak happy sebab turn last kan. Yang ada pada fikiran aku masa tu cemana family aku tunggu kat bawah sana. Tapi nasib baik jugak la pihak upsi nih dorang sediakan tempat menunggu. Lebih kurang bilik kuliah la. Ada air cond siap haa. Kira okay la. Takde la aku risau sangat kat dorang. At least leh la rest kat sana sekejap.

Sepanjang menunggu turn nak ditemuduga tu. Aku sempat la berkenalan gn sorang kakak nih. Nama dia Siti Fatimah. Umur 24 tahun. Baru setahun menganggur lepas habis study. Dia ambik degree dalam Fizik. Haa kau. Dah ada ijazah dalam jurusan fizik tapi still nak ulang ambik degree dalam pendidikan pulak. So aku tanya la dia " kenapa nak belajar degree pendidikan?" Dia pilih jurusan kemahiran hidup dengan ekonomi rumah tangga lak tu. Sedangkan masa tu dia dah dapat sambung master dalam fizik jugak. Haa kalau aku takde dah nak pikir panjang. Terus je sambung master. Kalau aku la. Tapi masalahnya aku tak sampai tahap tu lagi.

Jawapan kakak Fatimah tu senang je. Sebab dia minat sangat nak jadi cikgu. Dari zaman childhood lagi. Waa masa dia gtaw tuu terus aku rasa respect gila la kat dia. Sedangkan orang lain yang dah ada degree, umur pun dah 20 lebih, ada je impian tinggi melangit. kenapa tak aku kan. So sejak dari hari tu aku pun set mind positif je. Tak kesah la umur dah berapa. Orang lain yang sama umur ngan aku dah nak habis ijazah dorang pun. Yang penting aku kena kuat semangat. Kena teruskan apa yang orang lain tak mampu. Papehal pun aku nak bagi ma ngan ayah aku bangga ngan aku. sobss *tetiba feeling sedih. 

Borak punya borak gn dorang yang lain, akhirnya. Penantian satu penyiksaan aku dah habis. Sampai la turn aku. Cuak takyah cakap la oi. Orang lain yang ditemuduga tu ada je yang kena menyanyi. So aku pun apa lagi, cuak oi cuak. Then dengan selambanya aku masuk la bilik temuduga tu. Ada 2 orang panel. Sorang lelaki sorang perempuan.

Aku: *ketuk pintu dulu 3 kali. sopan giteww. " Assalamualaikum"
          ..masuk je terus gi depan panel ang kasi fail kat dorang.

Panel: Waalaikumusalam. 

Panel lelaki: Beg letak kat bawah. Sila duduk.

Aku: Terima kasih *senyum sampai telinga. 

Panel Perempuan: Okay sila perkenalkan diri awak dulu.

Aku: Nama saya Siti Nur Syamiera binti Mohamad. Panggil Syamiera je. Umur kalau ikut tahun 21, ikut bulan 20. Asal dari Gerik. 

Panel lelaki: Cerikan latar belakang family dan jugak pendidikan awak.

Aku: Ayah saya pesara tentera and mak saya suri rumahtangga. Beradiks yang lain semua dah kerja. Tinggal saya sorang je yang still study. Lepas tu saya dari form 1 till form 3 saya sekolah MRSM Jeli. Form 4 till form 5 pulak sya sekolah MRSM Kuala Krai. Then saya sambung Matrikulasi. 

Panel lelaki: Lepas habis matirik awak buat apa? tak apply U ke?

Aku: Saya menganggur hihi. Sebenarnya saya dapat UMS tapi tak pegi.

Panel Perempuan: Kenapa tak pegi?

Aku: hmm sebab utamanya jauh. then parent saya tak bagi pegi.

Panel lelaki: Oh okay. Kenapa pilih Multimedia?

Aku: Sebab bidang nih yang saya boleh bawak. Kalau yang lain teruk sikit.

Panel lelaki: Okay awak pergi sana *tunjuk whiteboard kat hujung tanjung dekat gn pintu masuk. jauh baq hang. 

Panel Perempuan: Awak anggap kami nih students and awak ajar tengtang multimedia.

Aku: Okay *walhal cuak habis dah. duk pikir nak ajaq pa nih. Terus aku ambik pen marker and buat ala-ala peta minda kat depan tuu. Tulis je apa hat ada kat fikiran masa tu.

Panel lelaki: Okay Bagus. Awak boleh duduk.

Panel Perempuan: Okay soalan BI. hmm nak tanya apa ye.

Panel lelaki: Haa awak dah ambik muet kan, cer cita preparation awak sebelum muet.

Aku: Before muet examination. Blablablabla. *Hahaha aku tak tahu apa yang aku capat omputeh versi terabuq tu. Takpa as long as yakin.

Panel Perempuan: Okay. Awak boleh keluar. GoodLuck.

Aku: Thankyouu *terus g ambik fail and salam panel perempuan then terus blah.

hahaha gembira takyah cakap la bila siap temuduga tu. Jalan sambil senyum je hahaha. Teus ajak Family balik. So sekarang tunggu jela keputusannya on 26/1 nanti. Hari Isnin hokayyy. 30/1 pulak keputusan UITM. Hopefully aku dapat la UITM tu. Perhaps :)


Sampai sini jela dulu. Eh sebelum tuh nak jugak tunjuk muka cuak sebelum temuduga kan.





cuak tak cuak. ada aku kesah hodoh pun haha. 




Budak kecik nih pun ikut aku pegi temuduga. Kesian kat dia bosan tunggu lama sangat. Sorry my sayang 

Okay sudah. Jumpa lagi Bai 

\

Wednesday, 7 January 2015

Ketam

Pada pagi tu Mohd Akbar pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu kedai milik Cina yang menjual ketam.
Mohd Akbar: Apek! Itu ketam ada jual ka?
Cina: Ada… ada… lu mau ketam Cina ka ketam Melayu?
Mohd Akbar: Aik! Ketam pun ada Melayu dengan Cina ka apek? Cuba lu tunjuk mana ketam Melayu, mana ketam Cina?
Cina: Itu sana dalam bekas ada tutup… ketam Cina.... sana dalam bekas tak ada tutup… ketam Melayu la…
Mohd Akbar: Apa pasal ketam Cina apek kasi tutup.... ketam Melayu apek tak kasi tutup?
Cina: Itu ketam Cina kalau satu ekor keluar.... yang lain akan tengok dan kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la.
Mohd Akbar: Ketam Melayu tak itu macam ka?
Cina: Ketam Melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki ketam tadi… jangan kasi keluar. Dia mau dia sekor saja keluar… yang lain biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar.
Moral:
Begitulah cerita ketam Melayu dengan ketam Cina. Hakikatnya, jika orang Cina berniaga.... Cina lain tak kacau…dia tengok saja dan belajar macam mana boleh berjaya. Cina dah berjaya itu pula, akan ajar Cina lain agar berjaya juga. Kalau orang Melayu, bila satu Melayu nak berjaya, Melayu lain akan guna apa saja supaya Melayu tu jatuh balik. Macam ketam Melayu, bila sekor ketam dah berjaya nak naik, ketam lain tarik kaki dia, at last sorang pun tak dapat naik. Lepas tu mula lah bergaduh sesama sendiri. Itulah hakikat sebenar sekarang ini. sebab itu Melayu tak maju. 
*** lessons learned