Saturday, 13 December 2014

#Throwback Part 1

Bismillah.. im so sad and im wanna to cry. Ntah kenapa aku rasa sedih je malam ney. Sayu. Kerinduan sahabat-sahabat yang selama ini banyak bagi semangat, yang selalu ada bersama aku tak kira masa susah atau senang. Mereka semua ibarat adik beradik bagi aku dan aku sayang mereka. Bermulanya kisah apabila sebenarnya nak wish birthday Ipah tadi then tetiba rasa sedih n jari pung laju je menaip setiap kenangan-kenangan masa kat matrik dulu. Sungguh aku rindu kenangan dulu. Walaupun sebenarnya aku dengan depa ney just kawan sekuliah je tapi atas sebab-sebab tertentu kitaorang jadi rapat. Roomate aku merangkap classmate aku namanya Huda n Ika. Masa mula-mula taw sebilik gn depa ney, fefeling segan la jugak. Janggal pung ada. Maklung la dalam kuliah bukan bertegur sapa pung. Just senyum-senyum je *iolls pemalu orangnya. Bila lama-lama baru la jadi kamcing gila. Alkisahnya, aku ney pada awalnya bangun pagi tu awal la jugak. Tapi roomate aku dua orang tu selalu je bangun lambat. Lagi sejam nak mula kuliah baru lah terkedek-kedek bangun pegi mandi siap-siap semua. Lepas tu barula aku taw rutin dorang cemana n aku pung terikut-ikut la sekali. Bermula dari saat tuu, kitaorang pung selalu la bangun pagi sama-sama, pegi kuliah sama-sama, masuk lambat kuliah sama-sama, kena denda sebab lambat pung sama-sama. Dengan kata lainnya, semua benda pung sama-sama la. Apa orang kata, acah-acah nak rapatkan silaturahim gituu. dan paling best kitaorang punya persamaan, semua malas study awal-awal. Last minute punya kerja. Tapi awal-awal jela. Lepas tu semua study dari awal. Tapi dorang semua cerdik pandai orangnya. Tak kesah la nak study bila masa pung. Haa lagi sorang roomate aku namanya Nida. Dia ney Kuliah lain. Tapi tetap jugak kitaorang rapat. Aku kenal Nida since sem 2 lagi. Masa mula-mula aku jejak kaki kat KMPP. Nida ney lembut orangnya. Ayu, Cantik n paling penting baik sangat. Kesian dia, selalu kena buli gn kami. hihi. Buli-buli manja je. Kitaorang baik jugak orangnya. Stop dulu introduction. Meh aku tayang gambar kami berempat dulu.

Jeng jeng jeng ....






Last photo wif them before goes to the last paper for last semester of Matriculation.


This photo taken by Ipah. Thanks to her  


Okay jom sambung pasal kitaorang punya hobi hahaha. Hobi kitaorang bila munculnya hari sabtu, ika selalunya balik rumah *anak manja ney, rumah dekat. Aku gn Huda pulak suka outing. Tak kesah la outing jauh ke dekat. Asalkan boleh keluar dari pagar KMPP pung takpe. Paling tak pun petang je pegi pasar malam. Haa yang ney advance sikit sebab ramai je peminat tegar nak ke pasar malam. Selalunya jiran-jiran dekat la selalu pegi, Dilah, Ipah, Asma n ramai lagi. Tempat yang selalu dituju bila jejak je tapak pasar malam mesti kedai jual Nasi kerabu sebabnya kalau lambat-lambat ramai orang la. Tapi kalau aku, makanan yang wajib beli haruslah kuih 'telinga keling' dan kuih samosa. haa my pebret  kuih ever nyum nyum nyum. Makanan lain tu ada jugaklah if teringin. Kalau Huda pulak wajib beli pasemboq goreng. Huu kalau tak habis Rm10 tu tak balik la. Tu cerita hari sabtu. Hari Ahad pulak aku gn Huda ney suka sangat bergilir-gilir pegi Mcd, KFC. Memang keja perabih elaun jela tiap bulan. Cemana-cemana pung nak jugak keluar kan, kedai makan siam depan KMPP pung boleh. Nihh cerita aku gn Huda jela. Nida ney kadang-kadang je ikut kitaorang sebabnya dia selalu ada program gn classmate dia lagipun dia memang bukan jenis yang suka keluar berfoya-foya sangat. Nah satu gambar..


Ney masa dalam bas. Seat belakang sekali okay. Dari kiri, Tikah, Nida, Huda, Dilah and Me 


Panjang lagi cerita kalau nak cerita semua. Pakej tiga hari dua malam pung belum tentu habis cerita aku nihh. Aku nak sambung sikit je lagi. Kalau kat asrama, aku suka sangat keluar masuk bilik A5.2.8. Dengan perasaan tak tahu malunya aku dah anggap macam bilik aku sendiri. Siap pegi golek-golek atas katil depa semua lagi. hahaha. Tuan empunya bilik tu namanya Ipah, Dilah, Asma and sorang lain budak cina. Tak ingat dah nama apa hee. Maaf ye dik. Aku dengan roomate aku semua memang selalu la menyemak kat bilik dorang. Buat bising, nyanyi and macam-macam lagi la. Jari jemari aku yang mulus cantik nihh sebenarnya dah lenguh nak taip panjang-panjang. Nanti aku sambung lagi part 2 punya. Hehehe. Okay jom kita usha gamba dulu ye. 




Ney masa iolls outing kat Jusco kalau tak silap. *ika pun ada tapi hilang kemana ntah.



hm hm suwit dak iolls ? haha wif Miss Singa aka Huda 



Dari depan Dilah, Ika and ofkos me. Off to Pasar Malam*kot.



me wif Dilah masa extra kuliah scomp. *motif nak tunjuk baju runningman je sebenarnya.



Again me wif Huda masa dinner PDT.




Peewitt. My Roomates masa dinner PDT *Ajet-ajet lawoo 



Birthday Huda *hiraukan background yang lawo tuu.



Dari kanan Ika and Nida. *Quality time wif them 


again and again wif Huda si sepetpet.


Lastly, weolls selpie dulu sebelum keluar cari makan *Sory Dilah nampak muka sikit hikks

~ Most of the gambar cc to Dilah. Thank You awaa 



That all for today. Nantikan part 2 punya #Throwback dari iolls okay. 
Good Night.



With love 

Syamiera Mohamad



Wednesday, 3 December 2014

It all about CODING..




Ney ceq nak habaq mai panjang sikit. Tetiba rasa nak bercerita. Ceq nak acah-acah tulis loghat utara la. Hikss. Cenggini haa. Sebelum ney memang la ceq penah ada blog. Tapi sebenaarnya ceq buat blog sebelum nihh pung sebab saja2. Takdak motif langsung. Orang kata ikut trend semasa gituu. Bila kita tengok orang lain ada, kita pung nak jugak. Padahal tak reti pung nak main cemana. Main hentam saja. Dah la blog tak lawo. Sangat keanak-anakkan. Duk ikut je tutorial hat ada tanpa tahu hujung pangkal dia. Tapi ceq memang suka baca blog orang. Lagi2 hat depa yang memang master dah bab2 berblogging nihh. Dengan cara depa berchegita, hiasan kat blog depa tuu. Fuhh menarik. Best. Tu zaman ceq tak taw apa satu la. Tapi lepas ceq dah belajaq Programming, ceq jadi makin minat nak berblog. Tapi sebenaqnya ceq baru perasan lani. Lepas ceq buat blog baru nihh. Ceq baru taw bila nak " add a gadget" tuhh kita kena masukkan coding. Hahaha. Semua yang kita nak letak dalam blog tu ada coding depa sendiri. Waaa. Ceq ghindu nak belajaq programming lagi. Masa duk matrik ritu selalu la duk buat coding-coding ney. Kena buat program la. Tapi program biasa2 jelah. Almaklong la belajar basic ja masa kat matrik tu. Tapi Interesting bangat walaupun ceq sebenaqnya meluat jugak masa exam final ritu ceq tak berapa nak buleh jawab. Tapi Alhamdullah la ceq dapat 'A' jugak subjek tu. Thanks to Cikgu-Cikgu yang ajaq kami. Cikgu Ayob, Cikgu wan, Cikgu Mazlina and semua la. Kawan-kawan hat selalu tolong ceq pung thanks la. Kesimpulannya ceq ghindu KMPP, ghindu belajaq sains komputer. Dan nak disimpulkan lagi, disebabkan ceq penah belajaq programming tu la ceq jagi tertarik gn blog. Hishh ceq rasa terbelit dah ayat ceq nihh. Tapi takpa la, ceq puas hati dapat ceghita apa hat ceq rasa lani. Sampai sini dulu la nohh. Nanti ceq sambung cheghita pasai lain pulak. 

Sebelum tuhh ceq nak belanja gambaq masa kat KMPP. Silakan tengok. 
Chaww..




Me with Cikgu Ayob :) He's so so ohsemm !


weolls memang suka selpie dalam kelas. *gambar blur ntah kenapa.



Last kelas Tutorial Sains Komputer DK4P1 with Cikgu kesayangan.


✿ Sekian dari iolls MissPooh ✿


Monday, 1 December 2014

HUJAN ✿✿✿



Hujan yang turun membasahi bumi

rahmat dari Allah
Seolah-olah ingin mencuci segala noda yang dibuat oleh anak2 Adam
Yang nyata kurang bersyukur atas kurniaNya
Hujan yang turun itu membawa seribu erti
Membawa rahmat membasahi bumi yang kering
Sekering hati manusia yang alpa dengan nikmat dunia
Hujan itu membawa dingin
Menyejukkan hati-hati manusia yang panas dengan amarah dan nafsu
Hujan itu membawa keinsafan
Pada mereka yang berfikir dan merenung, betapa ajaibnya titisan yang turun dari langitNya
Hujan itu membawa pilu
Pada mereka yang berduka, seolah-olah Tuhan menemani
Dan membuktikan bahawa mereka tidak bersendiri
Sesungguhnya hujan itu satu lambang kebesaran, lambang keagungan
dan lambang kasih Allah pada hamba-hambanya
Syukurilah nikmatNya selagi jasad masih bernyawa
Semoga rahmat Allah terus menemani kita.


Apa yang ada difikiran korang bila titisan-titisan air jatuh membasahi bumi ? Mulanya hanya rintik-rintik, lepastu makin lama makin banyak titisan air yang jatuh ke permukaan bumi. Apa yang korang fikir bila titisan air tersebut mulai membasahi pakaian yang korang baru pakai pada hari itu? 

Mungkin kebanyakan kita akan merungut, " ish, hujan lagi, hujan lagi ! Baru je pakai pakaian baru, dah basah cenggini. Dah la nanti ada kopak air lagi kat tepi jalan, jemuran pung tak kering. Kenapa mesti hujan  hah ? "

Kita selalu terfikir dengan spontan bila kita melihat sesuatu dari sudut yang " kerugian pada diri kita ". Sehingga saat rahmat dari-Nya itu turun, ada kalanya kita membutakan mata hati kita sendiri dari sikap husnudzon kepada Allah.

Padahal kalau kita cuba tafsirnya, dalam fikiran kita pasti akan muncul kenyataan, " Allah pasti memiliki maksud dan perancangan tersendiri dengan menurunkan hujan ini ".

Nah, supaya nanti kita tidak lagi mengeluh bila rintik hujan membasahi bumi, ayuh kita bertafakur sejenak mengenai hujan.


Haa sebenarnya iolls kopi pasta artikel diatas dari blog syauqifamily dari Indonesia rasanya. Iolls tersentap okay dengan kenyataan beliau. Kadang2 bila kita berada dalam situasi tersebut, mesti terkeluar jugak ayat-ayat sedemikian dari mulut kita kan kan ? Baik mengaku uolls. Tipu la kalau tak penah terfikir cenggitu. So, lepas2 nih kalau hujan turun, ayuh kita positifkan diri kita okay. Kat rumah iolls tengah hujan sekarang sebab tu la tergerak hati iolls nak cari artikel pasal hujan. Begitu la ceghitenya. 


DOA APABILA HUJAN TURUN :

 



✿ Sekian dari iolls MissPooh  ✿


 




Sunday, 30 November 2014

#WeddingKazen

Hari nihh dan semalam merupakan hari bahagia buat sepupu iolls. Beliau selamat di ijab kabulkan pada hari jumaat dan majlis persandingan pihak perempuan pada hari sabtu dan hari ahad majlis di pihak lelaki . Iolls sebenarnya suka sangat dengan warna baju pengantin masa hari  sabtu. Meh iolls tayang kat uolls.  Sebelum tuhh iolls nak wish Selamat Pengantin Baru Kak Ila and incik suami and also Selamat bercinta sampai syurga Aminn.
Let see da bride wif his groom ..


Diumumkan ketibaan Raja Sehari :)




Hanizam + Azila


Antara barang hantaran daripada pihak kumbang untuk si bunga .


Sama kacak Sama Lawoo. 


Candid !


Romantisnyaa mereka ^_^


Shine Bright like a diamond in da sky XD



eh eh nak jugak. Pelamin santekk ! 


This is my only niece, enemy and also friend .


That All.. Gambar kenduri pihak lelaki tak sempat nak snap. 
#WeddingCousin 
#Tam+Ila
#Congratulation

Introduction

Nama I Siti Nur  Syamiera Bt Mohamad. Berasal dari Gerik Perak. Berumur 20 Tahun. Buat masa sekarang Iolls nihh penganggur terhormat sebab sepatutnya I sambung degree kos Teknologi Multimedia dekat UMS nuhh. Tapi diatas sebab2 tertentu iolls tak pegi. So kesimpulannya iolls masih dirumah sambil goyang goyang kaki iolls yang cantik. Sebenarnya iolls dah ada blog sebelum nihh, tapi tak aktif langsung sebab iolls seorang yang pemalas plus iolls duk asrama. Al maklung la, duk asrama mana ada line wifi. Kalau hado pung slow sangat kalah si kura-kura tuu. Nak beli si berukband tu pulak iolls takut nanti iolls bertambah tambah malasnya. Jadinya iolls delete blog yang lama and iolls buat la yang baru dengan harapan iolls rajin la nak online benda nihh selalu lepas nihh. Iolls rasa banyak pulak sebab musabab yang iolls bagi kan. sebelum iolls tambah lagi kuota sebab lebih baik iolls stop kat sini dulu. Iolls pung tak tahu nak taip apa lagi sebenarnya. Okay chaww !

Saturday, 29 November 2014

First...

Finally, done ! This is my third blog hahaha. Hopefully I rajin la nak selalu updated blog. okay good Night Good Morning ! 03.54 a.m